Pages

VAKSINASI PERCUMA

          PROGRAM VAKSINASI HPV UNTUK WANITA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....


Apa itu Human PapillmoVirus ( HPV ) ?

HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebarkan melalui hubungan seks. Kanser serviks ini terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPVtetapi tidak semua jangkitan HPV akan mengakibatkan kanser serviks / kanser pangkal rahim.



Vaksinasi HPV ?

  • Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV.
  • Sebaik-baiknya vaksinasi ini diberi sebelum hubungan seks berlaku.
  • Vaksinasi ini diberi secara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:



Vaksinasi
Tempoh Masa
Pertama
Tarikh vaksinasi pertama diberikan
Kedua
1 bulan selepas suntikan pertama
Ketiga
6 bulan selepas suntikan pertama


*vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ini tidak mengandungi produk yang meragukan

Kriteria wnita yang layak di bawah program ini :

  • Wanita warganegara yang berumur 18 tahun.
  • Tidak hamil.
  • Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
  • Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
Kesan sampingan

Vaksinasi ini adalah selamat. kesan sampingannya seperti pelalian lain, anda mungkin mengalami sakit, bengkak atau kerengsaan di tempat suntikan dan demam, pening kepala, loya atau muntah. Sekiranya anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berhampiran.


Ini penting

Pastikan anda melengkapkan 3 dos vaksinasi dalam tempoh 6 bulan. 3 dos vaksinasi memberi perlindungan optima dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70% kejadian kanser serviks.

Tempat mendapatkan vaksinasi

Dapatkan vaksinasi di Klinik Nur Sejahtera LPPKN berhampiran. Sila semak alamat klinik di laman sesawang LPPKN. Jika anda berada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), vaksinasi akan diberikan di Pusat Kesihatan IPTA. Vaksinasi adalah PERCUMA.








THANK YOU SWEETIE READERS !

3 comments:

  1. Completely forgot about the suntikan HPV thing.

    ReplyDelete
  2. aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
    http://slapmestore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. saya dah dapat suntikan kedua

    ReplyDelete